Tentang Kami

Diperbadankan pada 19 Disember 2016, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM.

ProtectHealth sebagai pentadbir Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) seperti yang telah dimandatkan oleh Kerajaan tidak ditakrifkan sebagai Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (Managed Care Organization) di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Klik sini untuk maklumat lanjut.

Misi Syarikat

Menjadi peneraju dalam memperkenalkan mekanisma pembiayaan kesihatan yang inovatif dalam usaha meningkatkan akses, menambah nilai dan keberkesanan penjagaan kesihatan untuk Malaysia.

Mewujudkan pasaran yang sihat dan kompetitif untuk sebarang mekanisme pembiayaan kesihatan dengan beroperasi sebagai organisasi yang cekap dan efisien serta menjadi penanda aras kepada lain-lain syarikat tempatan dengan fungsi yang sama.

Melaksanakan mekanisma dan sumber pembiayaan kesihatan yang saksama, efektif dan efisien sebagai tambahan kepada mekanisma dan sumber pembiayaan Kerajaan agar perkhidmatan kesihatan yang kukuh untuk komuniti dapat dilestarikan.

Meluaskan akses perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan meningkatkan penggunaan ekosistem pembekal awam-swasta.

 

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 50 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Melalui PeKa B40, mereka akan menerima empat manfaat berkaitan kesihatan, jika berkenaan. Manfaat ini adalah:

 

  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan

Untuk menerima Manfaat 2, 3 & 4, penerima PeKa B40 mesti melengkapkan saringan kesihatan mereka terlebih dahulu. PeKa B40 bermula secara berfasa, sebagai projek perintis di seluruh negara. Justeru, kira-kira 800,000 orang yang layak akan dimasukkan ke dalam fasa pertama. Penerima digalakkan untuk menjalani saringan kesihatan mereka secepat mungkin, setelah ianya diumumkan.

Atas mandat yang diberikan oleh Kerajaan, PeKa B40 diuruskan sepenuhnya oleh ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth).

 

Hubungi Kami


*Wajib diisi

 

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@protecthealth.com.my